Jumaat, Mac 18, 2011

18 March 2011



Today is my birthday... Harijadi aku kali nie adalah harijadi yang aku xdpt lupakan sampai bila2 pun.. Orang yg aku sayang, melamar aku(",).. Aku btol2 xsangka n terkejut sgt. Aku xpenah t'pkir (sbnrnye penah pk jew..kihkihkih..) yg de akan melamar aku.


Ni ayatnyer Abang harap sayang sudi jadi teman hidup abang buat selama-lamanya…”


And my answer is YES


Ayat yang aku rase aku xdpt lupa sampai bile2 pun. Ayat yang begitu bermakna dalam hidup aku.

Hepi giler n syoKKK sgt but in the same time, aku takut.. Takut utk menempuh alam yang baru..Alam rumahtangga yang aku rasakan begitu asing buat aku. Aku harap, segala yang dirancang akan b'jalan dgn lancar dan semoga kebahagiaan akan memihak pada kami..Insyaallah..Amin...



Love,

Qaseh

Selasa, Mac 01, 2011

MUHAMMAD DANISH ERFAN





Tanggal 22hb Feb 2011, anak sedara aku dimasukkan ke hospital kerana lemah badan. setelah dua hari berada kat sana, Dr. syak yang anak sedara aku ni mengalami pendarahan dalam kepala. Satu berita yang mengejutkan bagi kami sekeluarga. Tak penah pun kami terfikir, perkara nie akan menjadi begini serius.



Dr. mengesyaki yang Erfan mungkin jatuh atau mengalami hentakan kepala yang kuat. Kami mula fikirkan apa saja kemungkinan boleh berlaku..

Sehari ke sehari, aku dapat rasakan Erfan semakin lemah. Erfan hanya mampu terbaring. Tiada lagi senyuman dari Erfan. Sedih bila aku lihat keadaan dia waktu tue. Hanya Tuhan yang tahu perasaan aku dan familiy masa tue.

3 hari selepas itu, Erfan dibedah untuk mengeluarkan darah beku di bahagian otak. Kesian Erfan, kecik2 lagi dah pelbagai perkara yang perlu dia tempuhi.. Ya allah, Kau berikanlah Erfan kekuatan untuk menghadapi ujian Mu...

Setelah seminggu lebih di hospital, Erfan akhirnya dibenarkan keluar dari hospital. Jelas terpancar keriangan di wajah semua ahli keluarga.. Aku harap Erfan akan dijauhkan dari segala jenis penyakit selepas ini...Amin



Love,
Qaseh