Jumaat, Mac 18, 2011

18 March 2011



Today is my birthday... Harijadi aku kali nie adalah harijadi yang aku xdpt lupakan sampai bila2 pun.. Orang yg aku sayang, melamar aku(",).. Aku btol2 xsangka n terkejut sgt. Aku xpenah t'pkir (sbnrnye penah pk jew..kihkihkih..) yg de akan melamar aku.


Ni ayatnyer Abang harap sayang sudi jadi teman hidup abang buat selama-lamanya…”


And my answer is YES


Ayat yang aku rase aku xdpt lupa sampai bile2 pun. Ayat yang begitu bermakna dalam hidup aku.

Hepi giler n syoKKK sgt but in the same time, aku takut.. Takut utk menempuh alam yang baru..Alam rumahtangga yang aku rasakan begitu asing buat aku. Aku harap, segala yang dirancang akan b'jalan dgn lancar dan semoga kebahagiaan akan memihak pada kami..Insyaallah..Amin...



Love,

Qaseh

Selasa, Mac 01, 2011

MUHAMMAD DANISH ERFAN





Tanggal 22hb Feb 2011, anak sedara aku dimasukkan ke hospital kerana lemah badan. setelah dua hari berada kat sana, Dr. syak yang anak sedara aku ni mengalami pendarahan dalam kepala. Satu berita yang mengejutkan bagi kami sekeluarga. Tak penah pun kami terfikir, perkara nie akan menjadi begini serius.



Dr. mengesyaki yang Erfan mungkin jatuh atau mengalami hentakan kepala yang kuat. Kami mula fikirkan apa saja kemungkinan boleh berlaku..

Sehari ke sehari, aku dapat rasakan Erfan semakin lemah. Erfan hanya mampu terbaring. Tiada lagi senyuman dari Erfan. Sedih bila aku lihat keadaan dia waktu tue. Hanya Tuhan yang tahu perasaan aku dan familiy masa tue.

3 hari selepas itu, Erfan dibedah untuk mengeluarkan darah beku di bahagian otak. Kesian Erfan, kecik2 lagi dah pelbagai perkara yang perlu dia tempuhi.. Ya allah, Kau berikanlah Erfan kekuatan untuk menghadapi ujian Mu...

Setelah seminggu lebih di hospital, Erfan akhirnya dibenarkan keluar dari hospital. Jelas terpancar keriangan di wajah semua ahli keluarga.. Aku harap Erfan akan dijauhkan dari segala jenis penyakit selepas ini...Amin



Love,
Qaseh

Ahad, Januari 02, 2011

Menjaga Hati

Pe yang korang sume tau sal menjaga hati??? Pada aku, menjaga hati nie sama cam menjaga diri sendiri..Sbb if kita pandai menjaga hati org laen , insyaallah kita akan disayangi sampai bila2.

Macam lirik lagu ni :-

Menjaga Hati - Yunie & Nuno

masih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas di relung hatiku
hujan tanpa henti seolah bertanda
cinta tak disini lagi kau telah berpaling

biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi aku takkan pergi
kau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
ooh oooh

masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meskipun kulihat kau kini diseberang sana

andai akhirnya kau tak juga kembali
aku tetap sendiri menjaga hati

sejujurnya ak masih mengharapkanmu
oooh ooohh


Tak macam sesetengah orang ni yang langsung tak tau nak jaga hati dan perasaan orang lain. Pada dia, asal dia puas hati, dah cukup. Aku betul2 tak paham bila lam dunia nie masih ada lagi orang yang mcm tuh.

Contohnya arini..Aku da penat2 masak, at least kalo ko tak suka pun, pe salahnya makan sket tuk jaga hati aku..Ni tak, terus tolak tepi n sanggup tak makan..Betapa keciknya ati aku time tue..Tuhan je yang tahu..Rase nak je menangis. Kalo bukan sbb dia, dah lama aku blah n lari dup lam bilik ~_~'

Ya Allah Ya Tuhanku, tabahkanlah hati hambamu ini..Amin



Love,

Qaseh

Sabtu, Januari 01, 2011

New Year

Tahun 2010 baru saja meninggalkan kita buat selama-lamanya..Banyak kenangan pahit dan manis yang telah aku lalui (korang pun kan?)..Aku harapkan aku akan terus mengingati kenangan yang manis dan indah..Buat yang pahit, biarlah ia berlalu tanpa aku mengingatinya..Sbb mengingati sesuatu yang pahit itu amat pedih(perghh..jiwang abis nih)

1 Jan 2011
Alhamdulillah, aku masih bernafas arini..Aku nak kongsi ngan korang sume nie satu news yang agak mengejutkan..Pelakon Faizal Yusof (ala yang berlakon lam drama Adamaya tuh!! ) menghembuskan nafas yang terakhir pagi tadi akibat serangan jantung. Al fatihah buat allahyarham..



Faizal Yusof


Takut bila memikirkan soal mati..Ajal maut, bila2 masa pun blh m'jemput kita. Tak kira muda atau tua..Takkan kurang mahupun lebih sesaat. Apa yang perlu kita buat, sediakan bekal yang secukupnya (maksud aku bkn bekal mknn or harta benda okay tp iman n takwa)...Sbb tue je yang akan buat kita selamat di akhirat kelak..insyaallah.. Untuk tahun 2011 nie, aku mengharapkan yang terbaik buat aku, abang, family tersayang :) n tak lupa tuk korang sume gak..heeeee



HAPPY NEW YEAR TO ALL OF U!!!!!







Love,
Qaseh

Khamis, Disember 30, 2010

Bola...bola....bola...


1st of all, tahniah aku ucapkan pada HARIMAU MALAYA yang berjaya menjuarai Kejohanan Bola Sepak Suzuki AFF..Setelah menang di Stadium Bukit Jalil, dengan gol 3-0 menentang Indonesia, mlm td (29hb Dis 2010) berlangsungnya perlawanan timbal balik dengan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno. Boleh dikatakan pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh pasukan kita di sana, namun semuanya berjalan dgn lancar mlm td. Walaupun Malaysia kalah 1-2 dengan Indonesia tp Malaysia tetap menang dengan agregat 4-2..

Aku pasti sume berbangga dgn kejayaan skuad Malaysia kali nie..Sampaikan PM isytiharkan cuti umum pada Jumaat (31hb Dise 2010)...hihihihi Cuti yang mmg ditunggu2 oleh sume rakyat Malaysia.

Arini (30hb Dis 2010) aku bangun je, terus bukak tv..Pelik, sbb arini lain mcm sket..Sume rangkaian tv masing2 sibuk b'cerita tentang bola smlm..Hrmm, x kire lelaki mahupun p'puan, sume sibuk bercerita pasal bola. Jgnkan tv, radio pun same..Bola..bola..bola..

Tapi dlm byk2 cerita, paling menarik perhatian aku, adalah apabila Khairul Fahmi (penjaga gol Malaysia yg Ensem tuh)mendapat rating paling tinggi dalam sejarah bola sepak apabila orang ramai (terutamanya Ladies) berpusu2 'add him as friends' (~_^) dlm rangkaian sosial terkenal FB..

Macam2 kan...Betul kata org, SUKAN MENYATUKAN RAKYAT..

So...for those guys yg xsuke b'sukan tue, ringan2kanlah tulang anda tuk b'sukan yew. Chow cin chow..Babai



Love,
Qaseh

Isnin, Disember 27, 2010

Aku buntu


Macam mane aku nak gtau dia yang aku akan tinggalkan dia xlame lagi ~_~'...aku betul2 buntu. Aku tak sanggup nak jauh dari dia walau sesaat pun tapi kali nie aku terpaksa sbb aku da xde pilihan lagi.

Ahad, Disember 26, 2010

At last...

Akhirnya dapat jgk aku on laptop nie..Da lebih seminggu laptop aku buat hal dan selama tue jgk la aku xdpt tulis blog :'( Lagi 5 hari, kite sume akan sambut tahun baru 2011. Byk suka duka yg aku dah tempuh sepanjang tahun 2010. Aku percaya korang kat luar sane pun same kn?? Suka...duka...sume tue da jadi lumrah hidup kita sebagai manusia..Mungkin pada sesetengah org tue, tahun 2010 nie byk kejayaan yang dia da capai tp aku percaya masih ada yang keliru dgn apa yang dia nak.

Hurrmm...bila pikir2 balik,byk benda yang da jadi sepanjang tahun nie. Aku takkan lupa walau sesaat pun tentang tue.Saat aku jatuh dan hampir putus asa.Aku bersyukur aku masih mempunyai keluarga yang menyayangi aku..Dari situ, aku bela
jar untuk bangkit semula.Aku jadi tabah walaupun sebelum tue hampir setiap hari aku menangisi nasib aku...Aku salahkan takdir..Sedangkan aku lupa, apa yang b'laku adalah salah aku sendiri.. 5 bulan aku ambil masa untuk bangkit semula..Masa tue, mak dan abahlah yang sentiasa menemani aku..Mak bagi aku kekuatan..Abah bagi aku semangat..Dan akhirnya, aku sedar yang aku kena kuat. Aku tak boleh putus asa. Aku kena cari diri aku semula..Alhamdulillah, kini aku sedar..Terima kasih mak abah atas semangat yang kalian berikan.


Mak dan Abah

Menjelang lagi 5 hari sebelum tahun baru nie, pasti semua da sibuk pikirkan azam untuk tahun depan..Pelik kan? Sebab aku, tak penah ade azam untuk tahun baru ~_~' But anyway, those yang rasa masih ade lagi azam tahun nie yang belum dicapai, masih sempat lagi nak kejar. U still have time. Make sure, sume azam u all, setel (hehehehe) tapi kalau ade jugak yg tertinggal, xpe, tahun depan kan ade lagi..Kalau tak jugak setel, tahun2 depan kan ade lagi (^^,)

Lastly, i wish to all of u..Merry Belated Christmas..Ho Ho Ho





Love,
Qaseh